Skip to main content

Animal Research And Service Center  |  Main Campus | Health Campus

Perbincangan Projek Jaringan Masyarakat bersama pihak JPV Kelantan

Perbincangan mengenai projek jaringan masyarakat yang bakal dilaksanakan oleh pihak ARASC kepada komuniti setempat. Pihak JPV juga membantu dalam memberi idea serta  maklumat peserta yang menjalankan penternakan arnab kepada pihak ARASC. Oleh yang demikian, pihak ARASC dapat membantu komuniti setempat dalam menjalankan penternakan arnab secara bersistem dengan menitikberatkan tentang kesihatan dan kebajikan haiwan tersebut. ARASC juga dapat melaksanakan projek jaringan masyarakat ini tanpa mencabar peranan sebenar Jabatan Perkhidmatan Veterinar kepada masyarakat khususnya.