Skip to main content

Animal Research And Service Center  |  Main Campus | Health Campus

20/09/2022 Majlis Penganugerahan Penarafan Lima Bintang dalam Pengurusan Aset Peringkat Universiti 2022.

 
Sekalung tahniah diucapkan kepada ARASC Kampus Induk di atas kejayaan mendapat Penarafan 5 Bintang dalam Majlis Anugerah Pengurusan Aset Universiti 2022 yang telah berlangsung pada 20 September 2022 di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia.
Majlis penganugerahan ini telah disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Profesor Dato' Dr. Faisal Rafiq Mahamd Adikan bersama Timbalan Naib Canselor Bahagian Kelestarian Dan Pembangunan Institusi, Profesor Dr. Md Roslan Hashim kepada semua 32 PTJ yang mendapat penarafan 5 Bintang.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Kelestarian Dan Pembangunan Institusi (BKPI), pihak Unit Audit Dalam (UAD), Seksyen Aset dan Inventori Jabatan Bendahari serta Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset (JPPA) Kampus Induk yang telah memberi banyak panduan dan nasihat dalam proses pengurusan aset di PTJ.
Semoga penarafan yang diberikan ini akan menjadi pemangkin kepada ARASC untuk lebih maju dan meningkatkan pencapaian dalam Pengurusan Aset Universiti.