24 April 2025 - Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Universiti Sains Malaysia Kampus Induk
ARASC sekali lagi dapat bersama seluruh warga Universiti meraikan Aidifitri dalam suasana meriah mesra, riang ria di USM tercinta. Pelbagai juadah moden dan tradisional yang sangat membuka selera disajikan oleh seluruh PTJ yang terlibat.
Arasc tidak terkecuali menyajikan pelbagai juadah untuk berkongsi dengan warga USM yang hadir. Terima kasih diucapkan kepada team ARASC atas semangat dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan sambutan ini.