Skip to main content

Animal Research And Service Center  |  Main Campus | Health Campus

PEMAKLUMAN PECAHAN SIDANG BAGI UPACARA KONVOKESYEN KE-59 USM BERMULA 21 HINGGA 31 MEI 2022.

Upacara Konvokesyen ke-59 Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Sidang Kedua (2) hingga Sidang Kedua Belas (12) akan bermula pada 21 Mei hingga 31 Mei 2022 di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM Pulau Pinang.

Upacara Konvokesyen ke-59 ini akan meraikan sejumlah 6,706 graduan akan menerima ijazah masing-masing termasuk Ijazah Tinggi (Ph.D dan Sarjana-2,231), Ijazah Sarjana Muda (4,425) dan Diploma Kejururawatan (50).

Turut diraikan dalam S2 ini ialah seorang penerima Ijazah Kehormat, tiga penerima gelaran Profesor Emeritus, dua Profesor Emerita dan Pemenang Pingat Emas Canselor.

Upacara Konvokesyen ke-59 USM bagi S2 hingga S12 pada Mei depan akan dipengerusikan oleh Pro-pro Canselor USM iaitu Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A.Hassan, Tan Sri Datuk Mustafa Mansur dan Tan Sri Dato’ Dr. M. Jegathesan. Untuk S2 hingga S12 di DTSP, penganugerahan ijazah-ijazah akan dijalankan secara satu sesi setiap hari.

Bersama-sama hebahan ini turut dilampirkan pecahan sidang bagi Upacara Konvokesyen Ke-59 (S2-S12).

pecahansidang59

Untuk makluman, tarikh pengambilan Jubah akademik sempena Upacara Konvokesyen ke-59 USM akan bermula pada 12 Mei 2022 hingga 17 Mei 2022 mengikut slot janji temu bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Foyer Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), Kampus Induk USM. Untuk sebarang maklumat lanjut tuan/puan boleh layari laman sesawang convo.usm.my

Setiap graduan dibenarkan membawa dua tetamu (ibu bapa) tetapi mereka tidak dibenarkan untuk memasuki DTSP. Tetamu graduan tersebut boleh mengikuti dan menonton sesi upacara konvokesyen secara siaran langsung (live streaming) di dewan-dewan kuliah yang akan dikenal pasti.

Terima kasih.

Sumber : FB Universiti Sains Malaysia
Foto : MPRC
#usm #welead