Program Komuniti Arnab - ARASC Kampus Kesihatan 2025
Program Komuniti ARASC Kampus Kesihatan
Program Komuniti Arnab merupakan inisiatif tahunan ARASC yang melibatkan penternak arnab yang terletak di Pasir Hor, Kelantan. Program ini dilaksanakan melalui sesi lawatan serta perbincangan bersama penternak, diikuti dengan pemeriksaan kesihatan haiwan serta rawatan susulan yang sesuai berdasarkan keperluan ternakan.
Program ini bertujuan untuk membantu penternak dalam menguruskan ladang secara lebih sistematik, sekaligus menghasilkan arnab yang sihat dan produktif untuk pasaran. Melalui pemindahan ilmu dan khidmat nasihat yang diberikan, diharap program ini dapat memberi impak positif kepada pembangunan industri ternakan arnab tempatan.