18 Mei 2025 - Perasmian Minggu Kelestarian anjuran USM Kampus Kesihatan
ARASC turut memeriahkan Minggu Kelestarian anjuran USM Kampus Kesihatan dengan menyertai program 'Brisk Walk and Plogging' yang berlangsung pada 18 Mei 2025 bertempat di Kompleks Sukan 2.
Penglibatan ini bukan sekadar menyokong gaya hidup sihat, malah memperkukuh komitmen ARASC terhadap pemeliharaan alam sekitar dan kesejahteraan komuniti kampus. Semangat kelestarian ini diharapkan dapat terus diterapkan dalam setiap aspek kerja dan kehidupan harian warga ARASC.