Skip to main content

Animal Research And Service Center  |  Main Campus | Health Campus

14/06/2023 Karnival Stem dan TVET 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Mandin, Butterworth, Pulau Pinang

 
Pada 14 Jun 2023, pihak ARASC Kampus Induk telah menerima jemputan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Mandin, Butterworth, Pulau Pinang untuk mengadakan pameran sempena Karnival Stem dan TVET 2023.
 
Dalam program ini, pihak ARASC amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu, kemahiran dan teknik ‘dissection’ tikus kepada semua pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek Biologi.
 
Selain memupuk minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, program ini telah berjaya membuka minda pelajar terhadap ilmu Sains Veterinar melalui penerimaan positif dan komitmen yang tinggi daripada semua pelajar dan guru terlibat.
 
Pihak ARASC mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada sekolah SMK Mak Mandin dan berharap program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.