22 Mei 2025 - Program Gotong-Royong Perdana & Declutter anjuran JK Kelestarian ARASC KK
Program Gotong-Royong Perdana & Declutter anjuran JK Kelestarian ARASC sempena Minggu Kelestarian USM Kampus Kesihatan telah berjaya dilaksanakan pada Khamis, 22 Mei 2025 bertempat di ARASC Kampus Kesihatan. Program ini melibatkan penglibatan aktif warga ARASC dalam usaha menceriakan, menyusun semula dan memulihara persekitaran kerja agar lebih kondusif dan lestari.
Inisiatif ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) seperti Kesihatan dan Kesejahteraan, serta Bandar dan Komuniti yang Mampan. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua staf atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Semoga usaha ini menjadi inspirasi untuk terus mengamalkan kelestarian dalam kehidupan seharian.