Skip to main content

Animal Research And Service Center  |  Main Campus | Health Campus

8/8/2024 - Latihan Kawad Kebakaran

Latihan kawad kebakaran dan demo pemadaman api merupakan aktiviti penting dalam memastikan keselamatan dan kesiapsiagaan warga Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Haiwan (ARASC) dalam menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.

WhatsApp_Image_2024-08-08_at_11.14.24_AM.jpeg

WhatsApp_Image_2024-08-08_at_11.14.25_AM.jpeg

Latihan tahunan tersebut bertujuan untuk melatih staf dan penyelidik mengenai prosedur evakuasi yang betul dan memastikan semua sistem keselamatan berfungsi dengan baik.

WhatsApp_Image_2024-08-08_at_11.15.18_AM.jpeg

WhatsApp_Image_2024-08-08_at_11.15.10_AM.jpeg

Latihan kebakaran yang bertempat di ARASC Kampus Kesihatan telah dijalankan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Kota Bharu). Turut melibatkan Jabatan Keselamatan USM dan warga Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK).