Skip to main content

Animal Research And Service Center  |  Main Campus | Health Campus

Kelas Amali Pelajar Bioperubatan di ARASC Kampus Kesihatan

Dalam menyokong aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran pelajar USM, seramai 23 orang pelajar Bioperubatan dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan, telah hadir ke ARASC untuk mengikuti sesi amali bagi subjek Immunologi. Penyelaras ARASC telah memberikan taklimat mengenai penjagaan dan pengendalian haiwan makmal (arnab), serta prosedur keselamatan jika kemalangan berlaku kepada para pelajar. Kelas tersebut telah dijalankan pada 15 April 2025.

WhatsApp_Image_2025-04-21_at_11.11.56_AM_1.jpeg

WhatsApp_Image_2025-04-21_at_11.11.56_AM_2.jpeg

WhatsApp_Image_2025-04-21_at_11.11.57_AM.jpeg

WhatsApp_Image_2025-04-21_at_11.11.57_AM_1.jpeg

WhatsApp_Image_2025-04-21_at_11.11.56_AM.jpeg

Melalui perkongsian ilmu dan kepakaran ini, diharapkan para pelajar dapat mengaplikasikan ilmu serta pengalaman secara praktikal sepanjang sesi kelas amali ini berlangsung.