Majlis Gala Hari Raya Aidilfitri Kampus Kesihatan USM 2025
Majlis Gala Hari Raya Aidilfitri Kampus Kesihatan USM telah berlangsung dengan meriah, diserikan dengan tema ‘Serumpun Raya’ yang membawa semangat kebersamaan dan perpaduan.
Majlis ini menjadi platform yang signifikan dalam mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan warga kampus melalui suasana yang penuh harmoni dan kemeriahan Aidilfitri.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan ARASC atas komitmen, semangat, dan kreativiti yang ditunjukkan dalam menjayakan sambutan ini.